Wednesday, July 17, 2013

Anak jiran yg digeruni


aku pernah... berada dalam ketakutan selepas membongkarkan kegiatan anak jiran..

waktu tu aku darjah enam, dia form one, kot. budak darjah enam akan ada kelas tambahan, aku kena lah naik bas awam sebab uncle van takmo tunggu...

makanya aku nampak dia hisap rokok... me being kiddy kiddy menyibuk, pegi kasitau adik dia bahawasanya abang dia hisap rokok! baru form one kot, dan aku yang bendul ni terkejut le dgn apa yg dia buat. lol.

aku cerita dekat adik dia sebab tak mampu nak tanggung sorang-sorang. kejadian tu terbayang-bayang dimindaku, dah lah dalam surau dekat sekolah agama waktu tu...

adik dia yg sebaya dengan adik aku tu pulak boleh pulak pegi mengadu dekat emak dia walhal dah janji tak akan pecah rahsia. bongoknya, aku pegi cerita dekat adik diaa. aku yg sangat lolololol...

petang tu balik je dari sekolah agama, sedang aku syok syok kayuh basikal ronda-ronda, panggg!!! adik budak tu panggil pegi rumah dia. yeah, kena soal siasat dengan emak dan (arwah)bapak dia...

dan aku mula bimbang dan ketakutan...

kerana, sebelum pegi kayuh basikal aku ckp dekat emak.. dan emak kata jgn sibuk hal orang.. kamu tu selalu naik bas sorang-sorang... budak lelaki ni, kalau dia panggil geng belasah kamu, apa nak buat? hoi! takut gila.... kerana, aku dah pegi cerita dekat adik budak tu sebelum ckp apa-apa dekat emak T.T

lepas je kejadian tu, sampai je aku dekat stesen bas sitiawan (dah takhadek dah pun stesen bas tu) aku akan menyorok-nyorok main hendap-hendap takut kalau-kalau budak lelaki tu ada... orang takut, biasalah....

tapi, alhamdulillah sampai sekarang aku selamat! tak pernah kena belasah ke tumbuk ke apa ke.. kekeke


malam kelapan ramadan 1434H...

rumah depan rumah aku gelap je, kereta dorang pun takdek... sambil sambil tunggu adik tarik pagar, aku terpandang rumah depan yang gelap tu... tiba-tiba.. ada manusia berbaju melayu tengah tarik motor dia dalam samar-samar gelap, diterangi lampu jalan tu... aku terkedu lalu terus toleh kepala kedepan...

itulah budak yang dulunya pernah aku geruni... mungkin...

nak pegi terawikh ye? baguslah...

1 comment: