Monday, February 25, 2013

Ujian bulanan.

Soalan:
Semasa saya dan beberapa orang rakan sedang berual-bual di taman permainan, tiba-tiba kami terdengar suara seorang kanak-kanak menangis.

Mulakan karangan kamu dengan ayat di atas.

Jawapan:

       Semasa saya dan beberapa orang rakan sedang berual-bual di taman permainan, tiba-tiba kami terdengar suara seorang kanak-kanak menangis. Saya mencari tempat di manakah budak itu sedang berada. Tiba-tiba saya sudah nampak rupa-rupanya dia terjatuh. Saya menolongnya dengan ikhlas.

      Dan selepas itu kanak-kanak itu pun bermain di situ dengan riang. Waktu itu seorang pak cik tua sedang merayau di situ. Saya tak tahulah sama ada dia menunggu kawan di situ ataupun dia ingin meminta sedekah.

      Waktu itu sudah senja kami pun balik. Saya tengok dari jauh pak cik tua itu kelaparan. Saya pergi dekat-dekat dengannya. Kemudian saya takut dengannya saya pun patah balik.

     Kami berhati-hati unuk pulang kemudian kami menghantar kanak-kanak itu pulang ke rumahnya emaknya kerisauan melihat anaknya tidak pulang ke rumah lagi tiba-tiba emaknya terkejut melihat anaknya baru sahaja pulang dengan kami.

     Dan akhirnya kami pun selamat sampai ke rumah masing-masing. Ibu kami pun kerisauan melihat anaknya baru sahaja pulang.'

    Setakat ini sajalah wabillah hitaufik wa hidayah wassalamualaikum warah matullah hiwaba rokatu. Sekian terima kasih.

(169 patah perkataan)

ps: Karangan pertama Maisarah yg sekarang berada di tahun empat, ujian bulanan.
pss: Esok dah nak kena balik Merbok. tapi dah mula rindu pada emak, abah, adik-adik, dikya, argh seluruh keluarga besar senang cerita.
psss: Aku bet sem depan lebih banyak cabaran yang bakal aku hadap. gempur! lol.


assalamualaikum ~

2 comments:

  1. Perenggan terakhir tu tak boleh tahan ! :D

    ReplyDelete
  2. hahaha. aku terkejut lalu gelak terbahak-bahak tak boleh nak control lepas baca perenggan terakhir tu. =________________=

    ReplyDelete