Wednesday, February 27, 2013

3051411

basuh sidai iron baju sekolah, kapurkan kasut sekolah, kerja sekolah, lapik tempat tidur (kami memang tidur ataih toto, takda nak katil katil bagai aih :p) kampung gila.

kejut dari bangun, pakaikan baju incase pada waktu-waktu Maisarah mengada kata dia tak boleh nak masuk kan lengan ke dalam lengan baju (gendut ngat punya pasal :B), carikan tali pinggang Echik sebab dia suka letak merata lepas pulang dari sekolah yg mana kadang-kadang aku jerit je suruh dia cari sendiri "semalam kakak rasa echik letak dekat dalam bilik emak" emmmm. haaaaa.

balik je khadam-khadam berdua ni dari sekolah diorang akan jerit kasi salam, dan kadang-kadang tak pun. masuk je Maisarah dalam rumah, dia akan cari mana kakak dia. bila tanya emak, "kakak mana?" emak jawab, "macam biasa.tidur" sebab tu aku kena bangun dua tiga minit sebelum adik-adik aku balik dari sekolah supaya tak kena bebel dek Maisarah. Echik pulak, dia relaks je kakak dia nak tidur ke ape. hehe.

kemudian dua budak ini akan mengada mintak suap nasi. kalau mintak dgn emak sure jarang dilayan kecuali kes kritikal atau kecemasan. lol. main-main je. aku pun suap je ah nasi kat depa, aku join makan sekali. siblings bonding gitu. 

diorang berdua kalau ada kakak mereka di rumah, baju sekolah hanya akan dipakai sepasang untuk sehari sahaja. pakaian yg sama tidak akan dipakai untuk keesokan harinya, well kakak ada kot. apa lagi, buli ah. "kan dia asyik tidur je waktu kita pergi sekolah" hmmm. kalau dgn emak, mungkin diorang kesian dan tak nak menyusahkan emak (padahal emak dah warning :p) 


ps: rindu
pss: kakak rindu sayang semua
psss: homesick. cari pasal balik Merbok awal sangat. kalau homesick kita buat apa? doa lepas tu teqiak.
pssss: "kenapalah cikgu ni bagi kerja susah-susah.kakak dah balik Kedah, siapa nak buatkan untuk Aby?" =____________=


lepas ni emak dah terpaksa kerah keringat menjaga dua orang tu. khadam yang ini sudah pulang ke sangkar. walaupun semasa keberadaan kakak tidak banyak membantu emak. yelah, asyik tidur semedang!

No comments:

Post a Comment