Saturday, June 23, 2012

Hasad Dengki, Iri Hati, Gelodak Nafsu + Syaitonirrojim.

ianya melibatkan perasaan yang bercampur baur : hasad dengki, iri hati, nafsu yang bergolak + godaan syaitonirrojim.

ianya normal, dan boleh disangkal, dibuang, disingkirkan melalui pembersihan nurani.

Situasi 1: hadir suatu perasaan menyampah yang menebal terhadap seorang sahabat anda yang tidak melakukan salah pada dasarnya. perasaan "menyampah" itu memang "sampah".

fikir 10 kebaikan yang telah dia lakukan tidak kira kepada anda mahupun orang lain, nescaya dapat membantu. insyaAllah.

Situasi 2: rakan anda mendapatkan apa yang anda inginkan. naaaaaak sangat. 
contoh: Dia dapat markah penuh, sedangkan anda sekadar cukup-cukup makan atau lagi 0.5 nak full. pergh, sentap baqhang! siapa tak cemburu, bukan?

perasaan cemburu yang mengalir itu boleh jadi baik apabila anda tanam sifat positif dalam diri.
tak mengapa, hari ini hari dia. mungkin esok hari aku pula? ada hikmahnya. man jadda wa jadda. siapa berusaha, dia dapat.

aku pernah aje ada perasaan "cemburu" bila kawan aku dapat markah melebih-lebih tingginya daripada aku. sejak zaman sekolah lagi. dulu lagi lah, tang Bio Fizik Kimia bla3 markah aku sure rendah serendah rendahnya. aku cuma mampu sengih macam kerang busuk bila masuk kelas Pendidikan Islam dan Sejarah, itu pun dapat tinggalkan markah diorang setakat 3-4 markah. pffftttt. no carut-carut. :P

Situasi 3: final exam lagi dua tiga hari!!! yang ini tiada kena mengena dengan entri. bai.
oh, dah jadi pelajar universiti rupanya. *masih tak sedar diri*

it is all about feelings. it is normal as we are all humans.

video

I cried.

aku ni bukanlah baik sangat mak jemah oi sampai takda rasa nak marah orang, instead, aku ada je suka hati nak marah orang walaupun emak dah pesan sejak zaman asasi dulu kala lagi, "jangan marah orang, terutama yang lelaki. cukuplah waktu di sekolah dulu kakak marah Rafie, Arif Sidek, etc. Emak taknak dengar dah." =O

malah, semester pertama peringkat ijazah telah menyaksikan aku, seorang aku yang secara spontannya telah menguatkan volume suara kepada seorang rakanku yang baik hati kerana telah mengambil kertas test aku. logiknya?
memang sungguh tidak logik perlakuan seorang aku itu tadi. poor her. = (

saya rasa saya telah terlalu melalut. almaklumlah, orang nak exam. "biasewlew." :X


1 comment:

  1. sedih dan best :D
    bila nak bawak kita pergi hongkong?

    ReplyDelete