Thursday, April 5, 2012

couldn't agree more.

copied from someone.

Kerajaan Acheh merupakan kerajaan Islam terakhir tumbang kepada kuasa Eropah. Sebab kejatuhan? Fikiran mereka dibasuh oleh Snouck Hurgronje, seorang orientalis yang belajar tentang Islam di tanah Arab dan mendapat gelaran Sheikh, agar berzikir sepanjang masa dan tidak perlu susah-susah berjihad, kerana mengingati Allah itu lebih penting. Oleh kerana orang-orang Acheh sibuk berzikir, dan menjadi semakin lemah ketenteraannya, Belanda datang dan menjajah Acheh dengan mudahnya. Snouck Hurgronje kemudian balik ke Belanda setelah "misi"nya selesai.

Pengajaran? Kita anggap bahawa kita sudah cukup baik, sudah cukup amal, sudah cukup dengan perbuatan-perbuatan yang kita sangka menjamin syurga. Sedangkan perkara yang kita buat itu sebenarnya melemahkan, dan bukannya meningkatkan iman.

Sebagai contoh, bila kita berbincang tentang kahwin awal, nikah gantung, nak jadi yang halal buat si dia, dan sebagainya, memang ramai yang berkata untuk mengelak maksiat, mengikut saranan Islam dan sebagainya, tapi kalau kita asyik berfikir tentang kahwin, bukankah itu melemahkan kita? Bayangkan kalau dalam generasi kita, semua orang sibuk nak kahwin awal, apa yang kita boleh buat kalau tiba-tiba diserang Singapura (contoh je)?

Kalau dulu, Usamah bin Zaid, umurnya belasan tahun, Rasulullah dah arah mengepalai tentera, Sultan Muhammad Al-Fateh, umurnya awal 20-an dah merampas Constantinople, bagaimana dengan kita sekarang?

Jangan lalai dengan perkara yang kita sangka "baik", "Islamik" dan sebagainya, sedangkan Islam itu lebih menyeluruh dari pemikiran kita yang sempit. Islam itu bukan kahwin sahaja, bukan pergi surau sahaja, bukan baca al-Quran sahaja, tapi cara hidup kita semua.

Ini peringatan buat diri sendiri dan rakan2 yang disayangi, takut2 kita semakin lalai. Ini bukan bermakna aku nak tunjuk aku lebih baik dari sesiapa, tapi sebab aku sayang rakan-rakan yang dah lama tak jumpa.

Wallahualam.

aku teringat post ni waktu makan malam bersama rakan-rakan rumah, sambil tune tv9: Semanis Kurma tgh on air. join je lah dengar sambil tambah pengetahuan ~

No comments:

Post a Comment